Monday, 8 August 2016

PENTAS DIBUKA, TIRAI DI ANGKAT, HUJAH DIPERSEMBAH...


Assalamualaikum geng, hahaha. Dah lama aku tak menulis dalam blog ni. Busy sikit kebelakangan ni. Hahaha. Alasan je kan, pdhl ade je msa cuma tumpuan aku trpksa diletakkan di tempat lain sementara waktu. Aku harap korang semua baik2 belaka. Doakan aku sentiasa bersama korang yang sedang membaca blog aku. Jgn risau akan doakan yg baik2 belaka untuk korang. Hehe.

Hari ni sebenarnya aku tkda idea nak sembang. Kdng2 idea ni datang dari hjung jari aku ni. Sambil aku menulis ni nnti adalah idea yang aku nak ketengahkan nanti. Kebelakangan ni kan ada beberapa perkara yg sering menganggu fikiran aku. Korang pernah tak sedang korang memikirkan sesuatu lama-kelamaan benda tu berkembang sehinggakan otak korang tk dapat nk bendung pemikiran korang tu? Senang cter korang overthinking. Haha. Terlalu banyak berfikir ni sebenarnya tak elok untuk kesihatan.

Izinkan aku untuk share sesuatu. Sebelum aku share, aku nak nyanyi stu lgu ni. Row row row your boat, gently down the stream. Merrily, merrily, merrily, life is just a dream. Kalau kita kupas elok2 lagu ni sebenarnya bnyk benda kita bleh belajar drpd lagu ni. Sumber aku dapat dri facebook. Ade seorang ni mengupas lgu ni dengan baik. Secara umumnya lgu ni menceritakan bahawa kita sendri perlu menggerakkan anggota tubuh kita, atau berkerja dengan tenang dan gembira. Bukan dgn struggling, dgn stress dan segala negative vibe yang bleh kita fikirkan. Dan lirik terakhir dia tu menceritakan hidup ini ibarat mimpi. Bila hri kita berakhir mesti kita tidur, dan bila bangun yg semalam itu ibarat mimpi. Tetapi mimpi yang mempunyai pengajaran untuk kita bawa bersama pada hari2 yg akan datang.

Hahaha. Mungkin pengupasan cerita aku ini tidak sampai. Tk mengapa. Secara kesimpulan jgn kita buat kerja dgn penuh stress. Sebb stress kills maaaa. Hahaha. Tenang geng, bnyk benda perlu kita tempuh dalam dunia penuh pancaroba ni. Percayalah, Insha Allah, Allah akan mempermudahkan urusan seharian kita. Itu antara doa2 yang aku baca pada setiap permulaan hariku dan untuk korang jgk. Semoga segala urusan kita dipermudahkan.

Geng, akan datang ni akan ada bnyk artikel yang aku akan tulis. Sebab mood untuk menulis tu sdh kembali. Huhu. Akan aku kupaskan isu2 yang menarik untuk kita sama2 menilai. Yang baik bleh dijadikan contoh dan yang baik itu kita jdkan teladan. Sampai disini shj dulu, akn dtg nanti akan aku menceritakan sesuatu dengan lebih spesifik lg. Akhir kata, hidup baik2 geng. Hahaha. Ciaoo, Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment