Hai semua, bertemu semula kita dilaman ini. Well, hari ini aku rasa nak menulis so hari ni ada entri baru. Untuk gaya penulisan aku kali ini aku tidak tetapkan gaya yang seharusnya aku follow. So kalau ada campur aduk bahasa itu korang just abaikan jelah ya. Yang penting apa yang aku ingin sampaikan itu akhir sampai juga di ruang hati korang.
Hari ni sebenarnya tiada apa untuk aku perkatakan. Saja ingin menulis untuk memberitahu kalian semua yang aku masih ada disini lagi. Dengan berbekalkan sediki kudrat pada badan aku ini, dapat juga aku menulis. Sebenarnya aku merasakan ada benda yang mengganggu aku kali ini. Mana tidaknya, mimpi bukan2 je memanjang. Oklah, bila sebut pasal mimpi ni, ada benda yang aku rasa nak cerita.
Semalamkan, selepas aku tengok video mengenai penampakkan pontianak, pergh, terus seram aku malam semalam. Hahaha. Padan muka aku. Siapa suruh gatal play video tu semalam. Kan dah mendapat. Dalam mimpi tukan aku berada kat ladang kelapa sawit macam dalam video tu. Hahaha. Serius benda tu pun ada dalam mimpi aku. Aku nampak dia di depan mata aku. Tapi kann..
Aku sebenarnya macam separa sedar semalam. Bila bertembung dengan benda tu aku kan cakap dalam hati aku yang kalau aku lari, mana tempat aku nak tuju? Pada waktu tu aku fikir yang aku berada dalam rumah aku. Korang fikirkanlah kalau korang lari dari rumah korang sendiri, mana korang nak tuju? Kann, soo aku pun tetapkan jiwa aku untuk menapakkan kaki aku firmly to the ground walau dia makin dekat. Hahaha.
Scary dow masa tu. Ah, dalam hati aku cakap peduli apa aku. Pergh, aku berasa berani masa tu. Hahahaha. Walhal benda tu dah duduk sebelah telinga aku. Hahahaha. Kelakar pun ada juga. Kemudian aku tersedar dari tidur aku. Bila sedar, rupanya aku tertidur diruang tamu, atas sofa. Apa lagi, tutup tv, lampu semua dan terus aku ke bilik tidur. Dalam bilik tidur pun aku tak dapat tidur sebenarnya. Aku layan youtube dulu baru boleh aku tidur.
Nasib ada kucing aku sebagai peneman. Hahaha. Risau juga kalau tiba2 mata kucing aku tu meliar tengok benda lain. Hahahaha. Gelak cemas ni. Tapi apa2 pun aku bangga dengan diri aku untuk tidak berganjak dari tempat duduk aku. Terbaik. So, sampai sini sahaja penceritaan aku ya. Hahahaha.
Semoga kita bertemu lagi. Asslammualaikum.
No comments:
Post a Comment