Thursday, 3 October 2019

Sebuah cerita mimpi...

Hai semua, bertemu semula kita dilaman ini. Well, hari ini aku rasa nak menulis so hari ni ada entri baru. Untuk gaya penulisan aku kali ini aku tidak tetapkan gaya yang seharusnya aku follow. So kalau ada campur aduk bahasa itu korang just abaikan jelah ya. Yang penting apa yang aku ingin sampaikan itu akhir sampai juga di ruang hati korang.

Hari ni sebenarnya tiada apa untuk aku perkatakan. Saja ingin menulis untuk memberitahu kalian semua yang aku masih ada disini lagi. Dengan berbekalkan sediki kudrat pada badan aku ini, dapat juga aku menulis. Sebenarnya aku merasakan ada benda yang mengganggu aku kali ini. Mana tidaknya, mimpi bukan2 je memanjang. Oklah, bila sebut pasal mimpi ni, ada benda yang aku rasa nak cerita.

Semalamkan, selepas aku tengok video mengenai penampakkan pontianak, pergh, terus seram aku malam semalam. Hahaha. Padan muka aku. Siapa suruh gatal play video tu semalam. Kan dah mendapat. Dalam mimpi tukan aku berada kat ladang kelapa sawit macam dalam video tu. Hahaha. Serius benda tu pun ada dalam mimpi aku. Aku nampak dia di depan mata aku. Tapi kann..

Aku sebenarnya macam separa sedar semalam. Bila bertembung dengan benda tu aku kan cakap dalam hati aku yang kalau aku lari, mana tempat aku nak tuju? Pada waktu tu aku fikir yang aku berada dalam rumah aku. Korang fikirkanlah kalau korang lari dari rumah korang sendiri, mana korang nak tuju? Kann, soo aku pun tetapkan jiwa aku untuk menapakkan kaki aku firmly to the ground walau dia makin dekat. Hahaha.

Scary dow masa tu. Ah, dalam hati aku cakap peduli apa aku. Pergh, aku berasa berani masa tu. Hahahaha. Walhal benda tu dah duduk sebelah telinga aku. Hahahaha. Kelakar pun ada juga. Kemudian aku tersedar dari tidur aku. Bila sedar, rupanya aku tertidur diruang tamu, atas sofa. Apa lagi, tutup tv, lampu semua dan terus aku ke bilik tidur. Dalam bilik tidur pun aku tak dapat tidur sebenarnya. Aku layan youtube dulu baru boleh aku tidur.

Nasib ada kucing aku sebagai peneman. Hahaha. Risau juga kalau tiba2 mata kucing aku tu meliar tengok benda lain. Hahahaha. Gelak cemas ni. Tapi apa2 pun aku bangga dengan diri aku untuk tidak berganjak dari tempat duduk aku. Terbaik. So, sampai sini sahaja penceritaan aku ya. Hahahaha.

Semoga kita bertemu lagi. Asslammualaikum.

Tuesday, 1 October 2019

Cukuplah

Assalamulaikum.



Sudah sekian lama aku tidak buka blog ni dan menulis sesuatu yang sangat mengganggu jiwa dan minda aku. Jika kembalinya aku ke muka ini maka sudah pastinya ada sesuatu yang ingin aku sampaikan. Sejujurnya kali ini aku merasakan ada satu benda yang besar yang aku harus lepaskan. Tak suka dengan benda ni yang selalu menganggu aku.

Ceritanya bermula bila parents aku pulang melawat rumah hujung minggu yang lalu. Kali ni dia balik dengan keadaan yang tak kena. Entah la apa kena dengan mak aku ini. Mesti ada benda tak kena ni. Start dari kampung rasanya. Maka aku punya agakan menjadi benar apabila nina mesej aku tanya khabar pasal mak. Rupanya dieorang bergaduh sebelum bertolak balik. Apo kono entah nak gaduh2. Ada je benda tak kena. Bila tak kena mula la nak lepaskan kat sape2. In this case aku pun tercalit jugak. Haishh.

Geram sebenarnya bila ada benda tak kena mula la nak campak tantrum kat orang lain yang takde kena mengena. Nak je lempang orang yang marah tu kalau buat macam ni. Aku cuba nak faham orang macam ni. Tapi makin aku cuba untuk faham. Makin menjadi2 aku tengok perangai orang macam ni. In this case mak aku. Sebenarnya banyak benda aku pendam. Biasa lah kalau bercerita tentang ibu bapa, memang cerita itu akan menjadi berat sebelah. Tak pernah nak dengar cerita dari dua belah pihak. Ni yang aku dapat faham dalam keluarga yang berbangsa melayu.
Bila kita bercerita tentang ketidakpuashatian terhadap ibu bapa kita. Maka banyak pihak akan mula bash atau membuat kesimpulan yang mengatakan anak itu sebenarnya yang bermasalah. Even kalau kita diberi peluang untuk berbicara, solusinua pasti diletakkan kepada sang anak. Dipujuknya dia untuk bertoleransi dengan parentsnya, cuba berusaha untuk fahamilah dan sebagainya. Kalian renungkanlah, apa yang telah aku alami sehingga aku sampai ke tahap untuk bercerita perkara ini di muka blog aku ni. Sila renungkan dan fikirkan sejenak.

Apa2 berita memang menjadi lumrah kita untuk terus mengatakan apa sahaja yang terlintas dalam fikiran kita. Sebagai contoh jika berlaku pembunuhan dia dada akhbar maka kita pasti akan mengatakan 'teruknya individu tersebut, tergamaknya, sampai hati dan sebagainya'. Tapi cuma ada segelintir sahaja yang cuba untuk melihat cerita disebalik berita tersebut. Melihat dari sisi yang berbeza seperti 'apa yang membuatkan dia sampai ke tahap untuk berbuat demikian'. Ada yang terfikir sampai kesitu? Mungkin ada tapi tidak ramai.

Ada setengah kes yang mungkin alasannya memang tidak masuk akal. Tapi ada setengah kes juga dimana si pelaku adalah mangsa sebenarnya. So dengarlah cerita dari dua belah pihak dulu. Disini mahkamah memainkan peranan yang besar. Berbalik kepada topik aku. Aku sedih sebenarnya bila cerita aku tidak ada siapa yang mahu mendengar. Kawan atau orang luar kita letak tepi. Disini aku maksudkan ahli keluarga yang lain. Keluarga merupakan manusia yang paling rapat dengan kita secara lahiriahnya. Kerana dari segi biologi kita berkongsi rahim yang sama dengan mereka suatu ketika dahulu. Technically merekalah yang seharusnya rapat dengan kita. Bayangkan orang yang rapat dengan kita tapi sebenarnya tidak.

Family is the person yang pertama kita cari when things gone haywire. But, bagi aku merekalah yang terakhir yang aku cari. Mungkin perjalanan hidup aku ini yang membuatkan aku jadi begini. A certain events happened before yang mencetus perasaan sedemikian. Kembali semula bila pulangnya mereka. Mak aku ni jenis yang bila dah mula membebel maka keluarlah kata2 yang memang tak sedap didengari oleh sesiapa pun. Aku sendiri boleh koyak dengar. Tapi bila dah bertahun2 aku mula dah lali dan mula develop perasaan yang bagi aku susah untuk digambarkan. Ibaratnya hati menjadi batu lah senang citer. To the point where I'm writing ni sebenarnya memang dah lali teroks orang kata. Ada juga yang aku makan hati dengan kata2 dia. Tapi nak buat macam mana, bila kita menyuarakan pendapat kita maka macam biasa kita yang menjadi masalah. Kalau di dada berita kita selalu dengar tentang racist card, sini aku boleh katakan yang parents card tu pun wujud.



Setelah sekian lama aku tangguh menulis. Kali ini dapat juga aku sambung untuk memperdengarkan apa yang terbuku di hati ini. Alhamdulillah kerana aku diberikan masa untuk menulis lagi. Tapi sambungan aku kali ini tidak lah banyak kerana aku merasakan apa yang ada dalam hati ini berhak untuk mendapat satu entri yang baru untuk aku ketengahkan apa yang ingin aku katakan. Maka untuk kali ini, aku akhiri entri aku kali ini setakat ini sahaja. Jumpa lagi pada masa akan datang. Insha'Allah.