Saturday, 27 May 2017

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sudah lama aku tak menulis dalam blog ni. Hehehe. Oklah, hari ada masa terluang tu yang aku terasa nak menulis sesuatu dalam blog aku hari ni. Pejam celik pejam celik dah sampai kita di bulan Ramadhan tahun 2017 ni. Cepat betul masa berlalu. Padahal aku punya la rasa aku macam baru masuk je tahun 2017 ni. Memang betul lah kalau pepatah orang putih dulu2 pernah cakap, time waits for no one. Hahaha.

Pertama sekali ingin aku mengucapkan syukur alhamdulillah kerana Allah telah memanjangkan umurku dan telah memberi aku kesempatan ini untuk menempuh bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini sekali lagi. Memang aku rasa bersyukur sangat dengan pemberian nikmat yang Allah berikan kepada aku. Insha Allah kalau diberikan kesempatan ingin aku menjalani bulan ramadhan tahun ini dengan penuh pengisian. Doakan saya rakan2. Hehehe.

Ok, kat sini aku nak citer something skit. Sometime kan pernah tak korang dapat mesej dari seseorang yang dah lama menyepi dalam contact list korang? Mesti ada yang pernah bukan. Sama juga dengan aku. Hahaha. Aku yakin jikalau ada orang yang mengambil tindakan sebegini pasti dia ada membuat salah terhadap diri kita. Apapun janganlah kita berdendam dengan mereka. Akan tetapi aku tidak menafikan kadang-kadang dendam seseorang ada yang sehingga tidak dapat dimaafkan hingga ke hujung nyawa. Jika berlaku begini aku ambil pendekatan biarkan sahaja dia dengan dendamnya, doakan dia mendapat jalan yang terbaik untuk menyelesaikan dendam itu. May Allah give him a way.

Baru2 ni aku ada mendapat satu mesej, ala yang orang sekarang main forward2 ni. Yelah dah masuk ramadhan confirm ada je mesej salam ramadhan yang banyak geng2 kita main forward2 ni. Last2 dapat la aku daripada seseorang yang dah lama menyepi ni. Pendapat aku terhadap orang ini yang pertama terlintas di fikiran aku adalah dia ada buat salah terhadap aku. Kalau korang bersetuju say aaaaaa....hahaha. Kedua dia mesti nak meminta maaf tapi macam segan2 nak cakap straight forward. Yelah, ramai orang kita ni dibelenggu oleh ego yang ekstrim. So pendekatan straight forward tu jarang sekali orang tu pakai.


In my opinion, kalau orang tu rasa dia bersalah dan ingin meminta maaf, seeloknya karang lah mesej tu seikhlas hati korang. Dengan cara ni aku rasa lebhih terasa di kalbu berbanding korang just copy paste mesej2 yang terdahulu dan forward kat dia. Be brave, dont be a coward. Hahaha. Cakap orang aku pun sama. Apa2 pun aku rasa elok jadi seikhlas mungkin.

Di dalam bulan ramadhan ini marilah kita bersama2 bermuhasabah diri semoga kita menjadi seorang insan dan hamba Allah yang terbaik. Buat sedikit demi sedikit, nescaya akhir nanti pasti akan ada ganjarannya. Till we meet again, see ya again in the future. Assalamualaikum.

Friday, 12 May 2017

Percayalah

Assalamualaikum pembuka bicara,
Semoga semua sejahtera sentiasa.

Hai semua para pembaca sekalian. Hari ni datang pula rasa aku untuk menulis satu entri yang mana telah lama aku nak cerita dan untuk kita sama-sama renungkan. Sepertimana setiap insan di atas muka bumi ini, pastinya ada sebuah cerita yang empunya diri sahaja yang tahu akan jalan ceritanya. Percayalah, ceritalah berjuta kali pun pada rakan anda, ianya pasti tidak akan sama seperti 'cerita' yang dialami oleh si pencerita.

Dalam kehidupan ini penuh dengan liku-liku dan cabaran yang perlu kita tempuh, akan tetapi pastinya ada nikmat-nikmat yang telah dikurniakan oleh sang pencipta kita. Ada segelintir yang sentiasa beringat dengan apa yang dikurniakan padanya. Ada juga yang alpa dengan nikmat yang diberikan malahan ada juga yang tidak bersyukur. Ruginya, malangnya pada mereka yang berada dalam kelompok ini. Percayalah, benda yang kecil pun boleh menjadi besar. Mengapa? Sebab kita ambil mudah dan tidak leka dengan segala benda yang dunia campakkan kepada kita.
Nikmat ada pelbagai. Ada nikmat masa, keluarga, dan sebagainya. Tapi kita manusia sentiasa alpa dengan sekeliling kita dan juga dengan peredaran masa yang tidak sama sekali menunggu sesiapa pun. Ada benda dalam hidup kita yang mana nampak kecil pada diri sendiri. Perkara-perkara boleh menjadi satu benda yang amat besar dalam hidup kita pada satu ketika nanti. Bila agaknya? Saya pasti kalian semua pasti tahu pada waktu mana yang saya maksudkan. Ya, bila kita telah kehilangannya.

Percayalah, manusia ini tidak pernah akan menyesal dengan benda yang dimiliki sehinggakan mereka kehilangannya. Pada waktu ketika inilah mereka akan menyesal tidak berlagu. Ketika inilah apa pun yang mereka lakukan, tidak mampu mengubah apa-apa. Seperti contoh, kita dikurniakan sebuah keluarga yang sihat, terdiri daripada ibu dan ayah kita. Saya mengambil contoh ini kerana kehilangan mereka berdua merupakan orang yang paling dekat dengan kita. Kehilangan mereka pasti akan dirasai, dan di sesali jikalau orang itu tidak berbakti kepada mereka sehingga kedua ibu bapa mereka dijemput ajal.
Contoh yang lain juga adalah nikmat persahabatan. Saya percaya persahabatan tidak lahir dengan hanya satu hari sahaja. Ia mengambil masa yang lama untuk membentuk dan mengeratkan silaturahim antara manusia. Kita bertemu dengan pelbagai manusia yang penuh ragam dalam hidup kita. Pertemuan itu bukanlah tidak disengajakan, walhal ianya adalah ketentuan Allah S.W.T. Persepsi sebegini akan membuat kita lebih menghargai kawan kita itu sendiri. Inilah yang perlu diterapkan dalam setiap insan yang mempunyai kawan.

Saya ada situasi untuk renungan bersama. Pernah atau tidak rakan anda meninggalkan anda kerana teman lelaki/wanita? Pastinya ada. Saya percaya bagi mereka yang mempunyai pengalaman pasti telah melihat perubahan watak dan perwatakan mereka. Kenapa mereka senang-senang lupakan perkenalan selama bertahun-tahun hanya kerana perkenalan yang tidak sampai sebulan dua? Berdasarkan pengamatan saya, mereka yang mengambil tindakan sebegitu adalah kerana, mereka tidak pernah merasai cinta. Cinta adalah satu perasaan yang kuat. Ia boleh membuat seseorang itu hilang pertimbangan. Tidak dinafikan persahabatan ditinggalkan kerana cinta. Jika benar itu adalah cinta sejati, maka pengorbanan harus di laksanakan dan sudah pastinya tiada jiwa yang terasa. Tapi jika cinta itu hanyalah mainan, maka rugilah insan tersebut, hilang nikmat cinta dan juga persahabatan. Pasti empunya diri akan merana. Percayalah, akhirnya mereka akan kembali pada rakan-rakan yang dahulunya ada bersama dia dikala waktu susah dan juga senang.
Pada mulanya saya melihat situasi ini sebagai satu kebiasaan. Tiada apa-apa yang perlu diambil kisah jika perkara sebegini berlaku. Akan tetapi, pabila masa mematangkan kita, saya melihat situasi merupakan satu benda yang besar dan perlu diambil perhatian. Kenapa? Kerana, jika persahabatan itu ikhlas, tiada apa-apa niat disebaliknya, pasti akan timbul rasa sayang dalam persahabatan itu. Kenapa? Sebab disamping keluarga, rakan adalah insan yang paling dekat dengan kita.

Disini izinkan saya untuk memberi peringatan untuk diri sendiri dan juga para pembaca sekalian. Bukan saya ingin mengguris hati para pembaca, artikel ini adalah sekadar renungan bersama. Agar kita tidak tergolong dengan golongan yang alpa. Sekian buat masa ini. Assalamualaikum.