Assalamualaikum dalam sejahtera, tak sangka hari ni kita dapat bertemu kembali. Hari ni aku dapat mencuri waktu sedikit untuk mengarang sebuah penulisan yang boleh dianggap sebagai luahan perasaan aku pada waktu dan ketika ini. Abaikanlah segala penulisan aku yang tidak mengikut tatabahasa ataupun struktur ayat yang betul. Asalkan apa yang ingin aku sampaikan dapat menarik perhatian para pembaca.
Haha, intro bapak skema giler. Tkdelah, sje tu. Aku bukan nk buat skema2 sangat pun. Sebenarnya mood aku untuk menulis lagi datang pada malam ni. Tank sangka plak malam ni bleh plak aku mengenangkan kembali sejarah hidup aku sebelum ini. Hahaha. Sebenarnyakan aku ingin try to speak by the heart. Try nk tengok ape yang orang sekeliling aku respond. Ternyata ada respond yang menyenangkan aku.
Aku sebenarnya selalu ada mentl barrier sebelum melakukan seseuatu benda. Hmmm. I wonder if that is good or bad. Im in dilemma right now. Tapi takdelah sampai kronik sgt dilemma tu. Hahaha. Kadang2kan kita kena try benda2 mcm ni, which is speak by your heart. Sebab, kdng2 kita ni terlalu kerap sgt berlakon di khalayak ramai. Aku persaan we are living in the world of pretending. Pergi kerja kena berlakon, bos lalu acah2 buat kerja. Buat salah tapi tak nak mengaku salah. Hahaha. Kalau korang pernah berada dalam keadaan sebegini sep skittt. Hahahaha.
Aku rasakan kita kena benarkan hati kita ni untuk bercakap. Giving it room or stage for them to express itself. Secara tak langsung kita tengok respond org tu macam mana. But, the main thing is that to taught oneself to be brave to speak out. Secara tak langsung aku sebenarnya nak yang mendengar tu untuk sama2 membenarkan hati berbicara. Kita kena bagi peluang dan masa untuk bersembang sesuatu benda yang melibatkan hati ni. Hahaha. Love can never be seen if not been shown or speak. Am i rite?
Maka marilah kita spread the love. Hahaha. Sorry la kalau ape yang aku nak sampaikan ni bercelaru. Tapi the main point is that benarkan hati kita untuk berbicara juga. Kedua, try pupuk kan untuk berbicara topik2 mengenai cinta ke, persahabatan ke, jgn pendam2 ke, sbb bg aku scra tk langsung nnti kita akan jadi too pretending, palsu, fake, plastic. Humanity cannot be lost, so, start dengan diri kita, speak about love. Dengn tu aku rasa kita still bleh selamatkan what it means to be a human.
All right, i think that is all i would like to share with you all. Until next time, but first, love you guys. Ive taken the first step, when will you? Haha. Bye, assalamualaikum.
Sunday, 30 July 2017
Saturday, 27 May 2017
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sudah lama aku tak menulis dalam blog ni. Hehehe. Oklah, hari ada masa terluang tu yang aku terasa nak menulis sesuatu dalam blog aku hari ni. Pejam celik pejam celik dah sampai kita di bulan Ramadhan tahun 2017 ni. Cepat betul masa berlalu. Padahal aku punya la rasa aku macam baru masuk je tahun 2017 ni. Memang betul lah kalau pepatah orang putih dulu2 pernah cakap, time waits for no one. Hahaha.
Pertama sekali ingin aku mengucapkan syukur alhamdulillah kerana Allah telah memanjangkan umurku dan telah memberi aku kesempatan ini untuk menempuh bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini sekali lagi. Memang aku rasa bersyukur sangat dengan pemberian nikmat yang Allah berikan kepada aku. Insha Allah kalau diberikan kesempatan ingin aku menjalani bulan ramadhan tahun ini dengan penuh pengisian. Doakan saya rakan2. Hehehe.
Ok, kat sini aku nak citer something skit. Sometime kan pernah tak korang dapat mesej dari seseorang yang dah lama menyepi dalam contact list korang? Mesti ada yang pernah bukan. Sama juga dengan aku. Hahaha. Aku yakin jikalau ada orang yang mengambil tindakan sebegini pasti dia ada membuat salah terhadap diri kita. Apapun janganlah kita berdendam dengan mereka. Akan tetapi aku tidak menafikan kadang-kadang dendam seseorang ada yang sehingga tidak dapat dimaafkan hingga ke hujung nyawa. Jika berlaku begini aku ambil pendekatan biarkan sahaja dia dengan dendamnya, doakan dia mendapat jalan yang terbaik untuk menyelesaikan dendam itu. May Allah give him a way.
Baru2 ni aku ada mendapat satu mesej, ala yang orang sekarang main forward2 ni. Yelah dah masuk ramadhan confirm ada je mesej salam ramadhan yang banyak geng2 kita main forward2 ni. Last2 dapat la aku daripada seseorang yang dah lama menyepi ni. Pendapat aku terhadap orang ini yang pertama terlintas di fikiran aku adalah dia ada buat salah terhadap aku. Kalau korang bersetuju say aaaaaa....hahaha. Kedua dia mesti nak meminta maaf tapi macam segan2 nak cakap straight forward. Yelah, ramai orang kita ni dibelenggu oleh ego yang ekstrim. So pendekatan straight forward tu jarang sekali orang tu pakai.
In my opinion, kalau orang tu rasa dia bersalah dan ingin meminta maaf, seeloknya karang lah mesej tu seikhlas hati korang. Dengan cara ni aku rasa lebhih terasa di kalbu berbanding korang just copy paste mesej2 yang terdahulu dan forward kat dia. Be brave, dont be a coward. Hahaha. Cakap orang aku pun sama. Apa2 pun aku rasa elok jadi seikhlas mungkin.
Di dalam bulan ramadhan ini marilah kita bersama2 bermuhasabah diri semoga kita menjadi seorang insan dan hamba Allah yang terbaik. Buat sedikit demi sedikit, nescaya akhir nanti pasti akan ada ganjarannya. Till we meet again, see ya again in the future. Assalamualaikum.
Friday, 12 May 2017
Percayalah
Assalamualaikum pembuka bicara,
Semoga semua sejahtera sentiasa.
Hai semua para pembaca sekalian. Hari ni datang pula rasa aku untuk menulis satu entri yang mana telah lama aku nak cerita dan untuk kita sama-sama renungkan. Sepertimana setiap insan di atas muka bumi ini, pastinya ada sebuah cerita yang empunya diri sahaja yang tahu akan jalan ceritanya. Percayalah, ceritalah berjuta kali pun pada rakan anda, ianya pasti tidak akan sama seperti 'cerita' yang dialami oleh si pencerita.
Dalam kehidupan ini penuh dengan liku-liku dan cabaran yang perlu kita tempuh, akan tetapi pastinya ada nikmat-nikmat yang telah dikurniakan oleh sang pencipta kita. Ada segelintir yang sentiasa beringat dengan apa yang dikurniakan padanya. Ada juga yang alpa dengan nikmat yang diberikan malahan ada juga yang tidak bersyukur. Ruginya, malangnya pada mereka yang berada dalam kelompok ini. Percayalah, benda yang kecil pun boleh menjadi besar. Mengapa? Sebab kita ambil mudah dan tidak leka dengan segala benda yang dunia campakkan kepada kita.
Nikmat ada pelbagai. Ada nikmat masa, keluarga, dan sebagainya. Tapi kita manusia sentiasa alpa dengan sekeliling kita dan juga dengan peredaran masa yang tidak sama sekali menunggu sesiapa pun. Ada benda dalam hidup kita yang mana nampak kecil pada diri sendiri. Perkara-perkara boleh menjadi satu benda yang amat besar dalam hidup kita pada satu ketika nanti. Bila agaknya? Saya pasti kalian semua pasti tahu pada waktu mana yang saya maksudkan. Ya, bila kita telah kehilangannya.
Percayalah, manusia ini tidak pernah akan menyesal dengan benda yang dimiliki sehinggakan mereka kehilangannya. Pada waktu ketika inilah mereka akan menyesal tidak berlagu. Ketika inilah apa pun yang mereka lakukan, tidak mampu mengubah apa-apa. Seperti contoh, kita dikurniakan sebuah keluarga yang sihat, terdiri daripada ibu dan ayah kita. Saya mengambil contoh ini kerana kehilangan mereka berdua merupakan orang yang paling dekat dengan kita. Kehilangan mereka pasti akan dirasai, dan di sesali jikalau orang itu tidak berbakti kepada mereka sehingga kedua ibu bapa mereka dijemput ajal.
Contoh yang lain juga adalah nikmat persahabatan. Saya percaya persahabatan tidak lahir dengan hanya satu hari sahaja. Ia mengambil masa yang lama untuk membentuk dan mengeratkan silaturahim antara manusia. Kita bertemu dengan pelbagai manusia yang penuh ragam dalam hidup kita. Pertemuan itu bukanlah tidak disengajakan, walhal ianya adalah ketentuan Allah S.W.T. Persepsi sebegini akan membuat kita lebih menghargai kawan kita itu sendiri. Inilah yang perlu diterapkan dalam setiap insan yang mempunyai kawan.
Saya ada situasi untuk renungan bersama. Pernah atau tidak rakan anda meninggalkan anda kerana teman lelaki/wanita? Pastinya ada. Saya percaya bagi mereka yang mempunyai pengalaman pasti telah melihat perubahan watak dan perwatakan mereka. Kenapa mereka senang-senang lupakan perkenalan selama bertahun-tahun hanya kerana perkenalan yang tidak sampai sebulan dua? Berdasarkan pengamatan saya, mereka yang mengambil tindakan sebegitu adalah kerana, mereka tidak pernah merasai cinta. Cinta adalah satu perasaan yang kuat. Ia boleh membuat seseorang itu hilang pertimbangan. Tidak dinafikan persahabatan ditinggalkan kerana cinta. Jika benar itu adalah cinta sejati, maka pengorbanan harus di laksanakan dan sudah pastinya tiada jiwa yang terasa. Tapi jika cinta itu hanyalah mainan, maka rugilah insan tersebut, hilang nikmat cinta dan juga persahabatan. Pasti empunya diri akan merana. Percayalah, akhirnya mereka akan kembali pada rakan-rakan yang dahulunya ada bersama dia dikala waktu susah dan juga senang.
Pada mulanya saya melihat situasi ini sebagai satu kebiasaan. Tiada apa-apa yang perlu diambil kisah jika perkara sebegini berlaku. Akan tetapi, pabila masa mematangkan kita, saya melihat situasi merupakan satu benda yang besar dan perlu diambil perhatian. Kenapa? Kerana, jika persahabatan itu ikhlas, tiada apa-apa niat disebaliknya, pasti akan timbul rasa sayang dalam persahabatan itu. Kenapa? Sebab disamping keluarga, rakan adalah insan yang paling dekat dengan kita.
Disini izinkan saya untuk memberi peringatan untuk diri sendiri dan juga para pembaca sekalian. Bukan saya ingin mengguris hati para pembaca, artikel ini adalah sekadar renungan bersama. Agar kita tidak tergolong dengan golongan yang alpa. Sekian buat masa ini. Assalamualaikum.
Sunday, 23 April 2017
Salam Sejahtera Semua!! =)
Lamanya tak menulis. Sudah sekian lama aku tak bukak blog ni untuk aku menulis. Hahaha. Tkpe, entri kali ini adalah untuk bagitahu yang aku masih lagi beri perhatian pada blog ni. Serius, aku tk tipu sebab aku tahu hanya dengan menulis dapat aku meluahkan apa yang tersihat di hati ini. Hehehe.
Aku harap semua yang membaca entri ini berada dalam keadaan yang baik2 belaka. Tak lupa juga semoga dirahmati oleh Allah SWT. Kalau takde pengisian nanti boring pulak korang membaca kan. So aku citer la ape berlaku kebelakangan ini. Hari tu pada hari jumaat yang lepas aku pergi la sembahyang jumaat kat masjid yang berdekatan dengan rumah aku, bila habis je solat kami semua berdoa lah. Boleh pula masa berdoa tu datang lalu seekor tikus kat sebelah aku. Hahahaha. Panik boh, nasib baik aku tidak menjerit. Hahahaha.
Aku harap ape yang aku cter ni boleh sedikit sebanyak mendatangkan senyuman pada wajah yang membaca. Aku tahu ia tidak la nampak macam boleh membantu tapi aku percaya benda yang kecil pun boleh memberi impak yang besar pada seseorang. Oklah, sampai disini saja dulu ya, nanti akan aku mula menulis sesuatu yang bermanafaat kepada semua orang. Until we meet again. Bubbye.
Aku harap semua yang membaca entri ini berada dalam keadaan yang baik2 belaka. Tak lupa juga semoga dirahmati oleh Allah SWT. Kalau takde pengisian nanti boring pulak korang membaca kan. So aku citer la ape berlaku kebelakangan ini. Hari tu pada hari jumaat yang lepas aku pergi la sembahyang jumaat kat masjid yang berdekatan dengan rumah aku, bila habis je solat kami semua berdoa lah. Boleh pula masa berdoa tu datang lalu seekor tikus kat sebelah aku. Hahahaha. Panik boh, nasib baik aku tidak menjerit. Hahahaha.
Aku harap ape yang aku cter ni boleh sedikit sebanyak mendatangkan senyuman pada wajah yang membaca. Aku tahu ia tidak la nampak macam boleh membantu tapi aku percaya benda yang kecil pun boleh memberi impak yang besar pada seseorang. Oklah, sampai disini saja dulu ya, nanti akan aku mula menulis sesuatu yang bermanafaat kepada semua orang. Until we meet again. Bubbye.
Subscribe to:
Posts (Atom)