16/1/2016 - Hari ini murapakan hari Jumaat yang penuh dengan rahmat. Alhamdulillah, pagi ni sebelum solat jumaat aku dapat berjalan ke Aquaria. Happy giler seyh, haha. Dapat pergi Aquaria, free pulak tu. Serenok giler. Aquaria ni terletak di KLCC. Actual address korang boleh la search kat google. Tapi yang pastinya ia terletak di KLCC dan nak jalan kesana jauh skit, kena lalu terowong kt bawah tu. Tapi takpe, setakat jalan sikit tu takde masalah. Demi nak merasa pergi ke Aquaria, free kot rugi kalau tolak. Hahaha.
Aku dapat tiket free ni melalui kawan aku sorang ni, Abdullah Sulaiman namanya. Tak sangka kawan aku sorang ni mempunyai mulut yang ringan. Senang ajak berbual. Citernya dia dapat tiket free ni mcm ni. Sembang2 dengan kawan dia rupanya kawan dia tu pernah belajar under mak dia dulu. Mak dia ni seorang guru. Tak sangka, anak murid mak dia ni kerja kat Aquaria ni. Tup2 dapat la tiket free. Hahaha. Terbaik la Aiman.
Menarik Aquaria ni. Ini kali pertama aku menjejakkan aku ke dalam ni. First2 masuk terus jumpa piranha. Pergh terkejut aku, first impression aku tengok piranha ni dah mcm bawal ambik steroid plak. Hahaha. Besar kot. Gigi apetah lagi. Takut aku tengok. Lepas tu aku ade tengok memerang. Kebetulan nasib aku baik, time aku datang la time dieorang nak bagi makan kat dieorang. Merengek2 memerang tu nak makan. Tapi sebelum penjaga memerang tu bagi makan, dia mintak memerang buat berbagai2 aksi.
 |
NAUTILUS |
Haaaaaa, ini udang tidak ada jual kat mana2 pasar. Hahaha. Nautilus. Aku tengok binatang ni kan, actually i am amazed by it. Pelik, tapi menarik. Aku suke bentuk dia. Cantik. Rasa nak bela sekor. Hahaha. Agak2 mana la bleh dapat binatang ni. Hehehe. Gambar yang kat bawah ni mengenai seekor udang ni. Dia menyorok2 dari aku. Tu yang aku dapat gambar mcm tu. Mengade2 btul udang ni. Takde yang menarik nak citer pasal udang ni. Sbb aku tk baca description dia. Hahaha.
 |
Udang yang pemalu. |
Jalan punya jalan dalam tempat ni, berjumpa la aku dengan patung jaws ni. Bila tengok je aku rasa kalau ambik gambar ni, menarik ni. Hahaha. Best, dan akhirnya, ini hasil dia. Hahaha. Ape yang aku fikir ntah. You live only once, so buat whatever makes you happy brother. Hahahaha. So aku dengan Aiman buat la perangai kteorang. Kat bawah ni aku sertakan beberapa gambar menarik yang sempat aku ambil. The best experience dalam ni adalah bila korang masuk torowong aquarium dia. Seriously amazing. Korang should try and go to this place. New experience. Aku boleh dikatakan jakun jugak bila tengak ikan2 kt sini.
 |
HELLPP!! (with a smiley face) |
 |
Tak dapat diselamatkan,hahaha. |
 |
Coconut Crab anybody?? |
 |
Sesi beri ikan makan. |
 |
Penyu dan Pari, AWESOME!! |
Korang, sampai disini sahaja entri yang trbaru untuk hari ni. Aku akan banyakkan entri dalam bahasa melayu selepas ni. Haha. Semoga korang sentiasa berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Macam dalam astro ceria tu. Tak lupa juga semoga korang sentiasa dirahmati Allah. Insha-Allah. Semoga kita berjumpa lagi. Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment