Saturday, 12 March 2016

Sungai Gabai Everyone

Abaikan gigi tu...
Assalamualaikum. Semoga semua para pembaca blog ni berada didalam keadaan sihat sejahtera. Mudah-mudahan kita semua dirahmati oleh Allah hendaknya. Syukur alhamdulillah Allah telah memberi saya peluang untuk menulis satu entri pada hari ini.

Pada minggu ini merupakan minggu cuti pertengahan semester saya. Maka bermulalah otak ini bergeliga nak mengisi cuti kali ini dengan perkara2 yang berfaedah. So, untuk cuti kali ni aku dan rakan2 aku telah merancang untuk pergi ke air terjun Sungai Lopo di Hulu Langat.
Kiteorang semua bertolak pada hari isnin baru2 ni. Semua excited giler tapi aku sendiri yang paling lmbt untuk berkumpul kat tmpt yg dirancang. Mana taknya, hari sebelumnya tu aku satu hari suntuk berjalan. Haha. Ok, berbalik pada cerita td, sampai la kami ke destinasi kami.

Kawasan tu dah nampak macam resort dah. Kami pun tanya la pak cik yang tengah menyapu kat situ. First impression aku kat pak cik macam berlagak pun ade jugak. Kami tanya elok2 tapi pertanyaan kami macam hambar je balas.

Ni nak cerita skit la psl pengalaman aku tntg orang2 yang macam ni. Memang benar dalam hidup kita ni akan jumpa orang yg banyk ragamnya. Bila dh terlalu banyak jumpa orang yang macam ni akhirnya kita sendri secara tak langsung akn berubah jugak. Kenapa kita tidak anggap setiap pertemuan itu suci? Tiada tanggapan dan anggapan yang tidak sepatutnya ade. Sebab tu lah yang aku amalkan. Jumpa someone aku tidak terus menerus judge orang tu.

Dah, cukup. Kita sambung balik cerita kita. Pak cik tu cakap kat kami yang kalau nak teruskan perjalanan kena lapor kat balai polis dulu. Sebab takut sesat. Bila dah kena lapor polis tu trus otomatik cancel hajat kami nak teruskan perjalanan. Haha. Tak expect sampai macam ni prosedurnya kalau nak naik. Last2 kami pun tukar plan dan destinasi yang kami pilih ialah Sungai Gabai.

Sungai Gabai ni tak jauh dri sni. Dalam 3 hingga 4 km je. So kami teruskan la perjalanan kami. Alhamdulillah kami merupakan orang yg terawal sampai. So kami dapat conquer port baekk. Haha. Ni merupakan kali kedua aku datang kesini. Yang hadir aku ,rizal, adib, oneil, alip, aziwan, farah, nadia, eqfa, rhima, nani. Ramai jugak yang hadir. Meriah. Best. Haha. Thanks guys.

Memang benar bila kita ade masa ni, time ni la kita gunakan untuk isi ruang diari kita yang ksong ni. Aku amat gembira. Syukur alhamdulillah kerana Allah telah temukan aku dengan dieorang. Thank you Allah. Baiklah, sampai disini sjalah dlu..akan datang aku akan tulis lg entri2 yang menarik. Sekian. Assalamualaikum. Stay awesome mohsem kengkawan.

Friday, 4 March 2016

AQUARIA KLCC

16/1/2016 - Hari ini murapakan hari Jumaat yang penuh dengan rahmat. Alhamdulillah, pagi ni sebelum solat jumaat aku dapat berjalan ke Aquaria. Happy giler seyh, haha. Dapat pergi Aquaria, free pulak tu. Serenok giler. Aquaria ni terletak di KLCC. Actual address korang boleh la search kat google. Tapi yang pastinya ia terletak di KLCC dan nak jalan kesana jauh skit, kena lalu terowong kt bawah tu. Tapi takpe, setakat jalan sikit tu takde masalah. Demi nak merasa pergi ke Aquaria, free kot rugi kalau tolak. Hahaha.

Aku dapat tiket free ni melalui kawan aku sorang ni, Abdullah Sulaiman namanya. Tak sangka kawan aku sorang ni mempunyai mulut yang ringan. Senang ajak berbual. Citernya dia dapat tiket free ni mcm ni. Sembang2 dengan kawan dia rupanya kawan dia tu pernah belajar under mak dia dulu. Mak dia ni seorang guru. Tak sangka, anak murid mak dia ni kerja kat Aquaria ni. Tup2 dapat la tiket free. Hahaha. Terbaik la Aiman.

Menarik Aquaria ni. Ini kali pertama aku menjejakkan aku ke dalam ni. First2 masuk terus jumpa piranha. Pergh terkejut aku, first impression aku tengok piranha ni dah mcm bawal ambik steroid plak. Hahaha. Besar kot. Gigi apetah lagi. Takut aku tengok. Lepas tu aku ade tengok memerang. Kebetulan nasib aku baik, time aku datang la time dieorang nak bagi makan kat dieorang. Merengek2 memerang tu nak makan. Tapi sebelum penjaga memerang tu bagi makan, dia mintak memerang buat berbagai2 aksi.
NAUTILUS
Haaaaaa, ini udang tidak ada jual kat mana2 pasar. Hahaha. Nautilus. Aku tengok binatang ni kan, actually i am amazed by it. Pelik, tapi menarik. Aku suke bentuk dia. Cantik. Rasa nak bela sekor. Hahaha. Agak2 mana la bleh dapat binatang ni. Hehehe. Gambar yang kat bawah ni mengenai seekor udang ni. Dia menyorok2 dari aku. Tu yang aku dapat gambar mcm tu. Mengade2 btul udang ni. Takde yang menarik nak citer pasal udang ni. Sbb aku tk baca description dia. Hahaha.

Udang yang pemalu.
Jalan punya jalan dalam tempat ni, berjumpa la aku dengan patung jaws ni. Bila tengok je aku rasa kalau ambik gambar ni, menarik ni. Hahaha. Best, dan akhirnya, ini hasil dia. Hahaha. Ape yang aku fikir ntah. You live only once, so buat whatever makes you happy brother. Hahahaha. So aku dengan Aiman buat la perangai kteorang. Kat bawah ni aku sertakan beberapa gambar menarik yang sempat aku ambil. The best experience dalam ni adalah bila korang masuk torowong aquarium dia. Seriously amazing. Korang should try and go to this place. New experience. Aku boleh dikatakan jakun jugak bila tengak ikan2 kt sini.

HELLPP!! (with a smiley face)
Tak dapat diselamatkan,hahaha.
Coconut Crab anybody??
Sesi beri ikan makan.
Penyu dan Pari, AWESOME!!
Korang, sampai disini sahaja entri yang trbaru untuk hari ni. Aku akan banyakkan entri dalam bahasa melayu selepas ni. Haha. Semoga korang sentiasa berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Macam dalam astro ceria tu. Tak lupa juga semoga korang sentiasa dirahmati Allah. Insha-Allah. Semoga kita berjumpa lagi. Assalamualaikum...