Ketika aku sedang menulis entri pada kali ini, aku sedang
memandang kearah luar jendela. Hari sedang hujan. Udara mulai membasah dan
kelembapan mulai terasa. Pada kali ini aku mula merasa untuk menulis sesuatu
yang betul2 lahir dari dalam jiwa aku ini. Aku hanya membiarkan jari aku untuk
berkerja menghasilkan sebuah cerita atau satu artikel dimana ianya lahir dari
tulus hati aku sendiri. Sudah sekian lama aku tidak mengarang menceritakan apa
yang berlaku dalam kehidupan aku. Mungkin disebabkan itu aku mulai merasa untuk
sambung semula penulisan aku pada kali ini.
Kehidupan aku sehingga pada hari
ini sangat penuh dengan perkara yang pada aku tidak normal seperti lain2 insan
diluar sana. Kadang2 aku berharap aku dapat pertolongan dari sesiapa, tapi pada
masa yang sama aku juga terasa tidak perlukan bantuan dari sesiapa pun. Kenapa?
Kerana diri ini sudah sangat terbiasa mengatur semua perkara yang dihadapi
dengan sendirinya. Aku ini bukan lah seorang superman, tapi aku sedar akan diri
aku ini kadang2 amat butuhkan bantuan dari sesiapa pun. Dan kita semua pun tahu
yakni pertolongan yang kita akan terima itu mungkin ikhlas atau sebaliknya.
Pernah juga dulu niat ikhlas kita ini disalah tafsir. Pernah juga diri ini
memberikan pertolongan dengan alasan mereka itu membalas pertolongan aku itu
semula. Aku ini sentiasa merasa susah dengan setiap benda yang aku kerjakan.
Hal ini kerana keadaan aku ini yang tidak dapat menyelesaikan masalah aku
sendiri dengan efektif.
Berbalik semula kepada pertolongan. Zaman sekarang ini
susah sekali kita melihat seorang insan itu ingin menolong dengan ikhlas.
Ikhlas sangat jarang atau pun sekarang kita panggil rare dalam komuniti
masyarakat kini. Rare disini bukan bermaksud mentah tapi ia bermaksud sangat
susah dijumpai. Ingin aku menceritkan pengalaman aku ketika aku ikhlas ingin
membantu orang tapi disalah tafsir. Pernah suatu ketika dulu aku ingin membantu
seorang budak yang sedang menangis dengan menawarkan dia jan2 atau pun gula2
time aku darjah 3 ke darjah 5 atau dalam linkungan itu. Pada waktu minda ini
masih minda seorang kanak2 aku tergerak ingin membantu. Tapi apakan daya,
ketika nak bantu itu datang parents budak tu lalu terus mengambil anaknya dan
pada ketika aku dapat merasakan yang aku seperti dituduh nak culik budak itu
secara tidak langsung. Masa tu aku tidak akan lupa, kerana aku berasa niat aku
yang ikhlas itu telah pun dicemari oleh orang lain. Semenjak itu peristiwa ini
sangat menghantui aku sehinggakan aku merasa setiap budak dalam dunia ini harus
pergi pada ibu bapa mereka sendiri untuk meminta pertolongan. Sehingga kini
juga aku pun sudah jarang bergaul dan tidak suka dengan budak-budak. Memang
benar pemikiran meraka tidak sampai ketahap mereka yang bergelar dewasa, tapi
zaman sekarang juga telah menampakkan yang ibu bapa yang mendidik anaknya
mereka dengan baik mampu melahirkan seorang kanak-kanak yang mempunyai daya
itelektual yang baik. Disebakan inilah aku mula mempertikaikan soalan ikhlas.
Ikhlas yang ada dalam diri aku ini boleh dikatakan masih berada dalam keadaan
intact. Kerana, apabila aku membantu seorang individu itu aku menanamkan dalam
diri aku yang aku tidak mengharapkan bantuan dan ehsan dari mereka. Betul, dan
aku bukan seorang yang reti untuk berbohong. Kerana aku tidak pandai berbohong.
Tapi dunia kini, bohong itu telah menjadi satu skill untuk survive. Dunia yang
hanya kebenaran sahaja telah tiada tempat di atas muka bumi ini. Adakah benar
dunia kini sudah mula sampai ke penghujungnya?
Persoalan ini aku tidak mahu
komen dengan selanjutnya. Tahu tak, jika kamu berbohong, nak kekalkan bohong
itu untuk satu jangka masa yang lama sangat memenatkan? Bagi aku, penat nak
mampus untuk hidup dalam pembohongan itu. Setiap benda kamu kena berhati-hati,
supaya tidak bocor apa yang kamu bohongkan itu. Bagi aku, kehidupan sedimikian
bukanlah kehidupan yang aku impikan. Aku ingin bebas dari segala benda yang
mampu atau ingin memperhambakan aku. Akan tetapi, percaya atau tidak, masih ada
manusia yang sanggup dan mampu hidup dalam kehidupan sedemikian. I’ve seen it.
Aku pernah jumpa dengan manusia sedemikian. Hidup dalam pembohongan.
Aku cuma
biarkan sahaja cara permainan dia macam mana. Hanya iakan apa yang dia
lontarkan. Tapi dalam hati aku, aku sudah tahu semua permainannya. Bak kata
orang putih, I just act like fool in front of you. Jam pun telah menunjukkan
pukul 5.09 petang. Hujan pun mula reda. Maka penceritaan aku pada kali ini pun
aku berhenti sehingga kini. Maka semoga kita berjumpa di lain hari dan lain
penceritaan. Assalamulaikum.