Sunday, 30 December 2018

Diam adalah caraku...


Diam adalah cara aku. Apa yang terungkap dalam puisi diatas merupakan intepretasi apa yang sedang berlaku dalam ruang hati ini. Hari ini merupakan hari yang telah membenarkan aku untuk berkata sesuatu. Diam aku bukan sesuatu yang biasa. Terlalu susah untuk aku ungkapkan. Kerana sehingga kini terasa aku tidak mengerti apa yang sedang berlaku dalam diri ini. Bila aku melihat puisi diatas, aku mengatakan pada diri aku, alhamdulillah kerana ada juga satu medium yang dapat resonate dengan apa yang sedang berlaku dalam diri ini. Susah untuk menggambarkan kerana diri ini tidak mampu berkata apa-apa jika bersemuka, akan tetapi bila di ruang aku tersendiri, iaitu melalui penulisan, jari ini mampu menghasilkan satu karya yang dengan harapan dapat menyentuh hati dan menerangkan yang mana selama ini kabur dalam kabus ego, angkuh dan amarah. Apa yang mampu aku lakukan adalah mengharapkan sesuatu yang terbaik berlaku dalam segala kekalutan yang berlaku dalam hidup mu.

Harapan yang tiada henti, cuma mengharapkan semua yang baik-baik sahaja berlaku bermula dari ini sehingga penghujung hayatmu. The thought of having you continuing your life as good as before is enough for me. Aku cuma mahukan yang terbaik untuk kamu. Jalanilah kehidupan dengan penuh gembira, penuh makna dan penuh berkat. If you do, it means that everything is fine on your side and Alhamdulillah. That is enough for me. Benar, ada sesetengah orang dia lebih selesa untuk meluahkan perasaan melalui penulisan berbanding secara lisan. Hal ini kerana ada perkara yang tidak terungkap jika menggunakan lisan sahaja. Aku berkata begini kerana aku merupaka salah seorang yang mempunyai masalah yang sama. Susah mengutarakan sesuatu hanya dengan berkata-kata. Aku merasakan aku ingin dia membaca satu muka surat yang ingin aku ungkapkan dahulu baru dia mengatakan respond. Kenapa?? Kenapa aku kata berkata begini because nowadays, people only hear but never listen. I know you understand, if you do, now you understand why i like writing more than talking. 

Akan tetapi, pada penghujungnya, aku meminta maaf. Aku terlalu banyak kekurangan. Terlalu banyak kekurangan terlaku banyak kekurangan. Aku minta maaf dan maaf...