Sunday, 23 April 2017

Salam Sejahtera Semua!! =)

Lamanya tak menulis. Sudah sekian lama aku tak bukak blog ni untuk aku menulis. Hahaha. Tkpe, entri kali ini adalah untuk bagitahu yang aku masih lagi beri perhatian pada blog ni. Serius, aku tk tipu sebab aku tahu hanya dengan menulis dapat aku meluahkan apa yang tersihat di hati ini. Hehehe.

Aku harap semua yang membaca entri ini berada dalam keadaan yang baik2 belaka. Tak lupa juga semoga dirahmati oleh Allah SWT. Kalau takde pengisian nanti boring pulak korang membaca kan. So aku citer la ape berlaku kebelakangan ini. Hari tu pada hari jumaat yang lepas aku pergi la sembahyang jumaat kat masjid yang berdekatan dengan rumah aku, bila habis je solat kami semua berdoa lah. Boleh pula masa berdoa tu datang lalu seekor tikus kat sebelah aku. Hahahaha. Panik boh, nasib baik aku tidak menjerit. Hahahaha.

Aku harap ape yang aku cter ni boleh sedikit sebanyak mendatangkan senyuman pada wajah yang membaca. Aku tahu ia tidak la nampak macam boleh membantu tapi aku percaya benda yang kecil pun boleh memberi impak yang besar pada seseorang. Oklah, sampai disini saja dulu ya, nanti akan aku mula menulis sesuatu yang bermanafaat kepada semua orang. Until we meet again. Bubbye.