Thursday, 7 January 2016

Tersenyum Dalam Kepenatan



Assalamualaikum W.B.T,

Hari ini merupakan hari pertama aku menulis entri aku dalam bahasa melayu. Kalau korang perasan entri-entri aku yang terdahulu dalam bahasa Inggeris je, tu sebab aku tak berapa yakin dengan penulisan dalam bahasa melayu aku. Kalau ikutkan bahasa Inggeris aku juga apa kurangnya juga dalam kesalahan tatabahasa semua tu,haha. Jadi, mulai hari ini dan seterusnya, aku akan menulis dalam bahasa melayu dan juga inggeris.

Pertama sekali aku ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua khususnya kepada para pembaca blog ini. Aku pasti korang semua ada 'new year resolution' yang baru. Ade visi dan misi yang korang nak capai dalam tahun 2016 ini. Aku doakan agar korang dapat capai ape yang korang hajatkan dalam tahun ini. Permulaan tahun 2016 ini merupakan tahun yang penat bagi aku. Jika bahasa inggeris ada tired, dan kalau lebih penat lagi dipanggil fatigue, penat aku ini boleh dikategorikan sebagai fatigue, senang cerita aku penat giler.

Walaupun aku tengah cuti semester, penat tu sentiasa datang mendekati aku. Ceyy,haha, penulisan bombastik. Serius, aku penat dengan lifestyle aku, tapi nak buat macam mana, kalau aku tak lalui lifestyle aku ni masakan aku dapat kecapi apa yang aku hajati. Hanya Allah je tahu penat aku macam mana. Penulisan aku bukan sekadar nak menceritakan apa yang berlaku dalam kehidupan aku. Korang jangan risau, akan aku selitkan beberapa nasihat dan ilmu untuk kita berkongsi bersama agar kita dapat belajar perkara baru dalam kehidupan ini.

Aku banyak berkorban. Sehinggakan penat aku bukannya datang dari fizikal sahaja, bahkan datang dari segi emosi juga. Senang cter dari segi jasmani dan rohani. Kepenatan jasmani aku datangnya dari 'passion' aku terhadap sukan. Bersukan merupakan amalan yang sihat, 'stay healthy guys'. Bagi atlet lagi la penat, haha. Betul tak? Pagi petang siang malam sentiasa berlatih. Tapi tidak mengapa kita berkorban, percayalah segala penat lelah yang kita lalui pastinya akan mendatangkan hasil. Kita buat apa sahaja dan pada akhirnya ia pasti akan mendatangkan hasil.

Maka masuklah ke topik yang susah, iaitu kepenatan dari segi emosi. Ya Allah, ini lagi penat dari kepenatan fizikal. Susah nak gambarkan dalam kata2 kepenatan yang aku maksudkan ini. Tapi aku percaya korang pasti merasainya. Setiap hari korang akan berlawan dengan diri korang sendiri. Macam ada suara yang seringkali cakap perkara yang negatif pada korang. Ini juga merupakan suara2 syaitan laknatullah. Orang putih pulak cakap anxiety. Aku tak tahu nak kupas macam mana tentang perkara ini. Aku sendiri merasakan perkara ini memberi kesan yang dalam pada hidup aku. Benda ni boleh terjadi selepas sesuatu perkara berlaku dalam hidup korang. Sebagai contoh, seorang anak kehilangan ibu dan bapa dalam satu kemalangan. Individu ini terpaksa menghadapi dugaan ini dengan begitu tabah. Kita yang tidak berada dalam keadaan itu sudah pasti takkan merasa kepedihan yang dialami oleh orang tersebut. Kemahiran untuk meletakkan diri sendiri dalam keadaan seseorang itu bukan semua orang ada. Kita cakap pandai, tapi orang yang memikul tu lagi memahami keadaan sebenar. Bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul (kalau silap maaf ye,hehe).

Aku akan kupas lagi perkara ini jika ada masa. Aku merasakan ada perkara yang perlu di kongsi kepada anda pembaca semua agar kita dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang kehidupan. Aku sebenarnya telah menjumpai yang bahawa dengan menulis aku dapat meluahkan sedikit sebanyak apa yang terbuku atau tersimpan dalam diri aku ini. Pengalaman seseorang dalam menjalani bahtera kehidupan amat berharga. Jangan kita perlekehkan apa yang telah dijalani dalam kehidupan seseorang itu dan jangan pula kita merasakan diri kita ini telah memperoleh pengalaman yang lebih berharga berbanding orang lain. Jika ini berlaku, maka ada sifat bongkak dan riak dalam diri kita. Maka mari kita cepat2 muhasabah diri dan berubah kearah menjadi seorang manusia yang terbaik. Sampai disini dahulu untuk entri pertama dalam tahun yang serba baru ini. InshaAllah akan datang akan aku kongsikan perkara2 yang menarik dan informatif kepada kalian semua. Skema sangat la pulak aku rasa,haha. Bukan ape, cuma nak wujudkan suasana yang seronok di dalam kita mempelajari sesuatu. Akhir kata, aku mendoakan yang terbaik untuk korang semua. Sama2 kita doakan sesama kita agar berjaya dunia dan juga akhirat. Amin.

                                                                                                                        Assalamualaikum W.B.T.
                                                                                                                                      MNZR