Apa yang telah berlaku sekarang ni tak reflect pun diri kita yang sebenar. Aku tahu this is hard to take, but try take it as a way to grow, improve ourselves and untuk kita kenali diri kita sendiri. Let me remind you yang kau ada ciri2 yang menunjukkan kau seorang perempuan yang kuat. That is a fact.
Keadaan ni juga telah leave us both dalam keadaan yang vulnerable dan kita start untuk mempersoalkan kemampuan kita dalam handling this kind of situation. Aku nak kau ingat yang kau sangat la remarkable in every way. Kau ada sifat2 yang membuatkan diri kau menarik dan mempunyai keperibadian yang cantik. Apa yang berlaku sekarang ni mcm kita dh sampai to a point yang kita kena ambil decision yang boleh bawak kita ke jalan yang mempunyai banyak peluang yang aligned dengan apa kita pegang dalam hidup ni.
Tidak salah untuk kau benarkan diri kau untuk rasa sedih, kecewa dan letih. Terima this feelings dan it is okay to take your time to process this at your own pace. Kau pun boleh dekatkan diri kau dengan orang yang sayangkan kau dan support kau dan yang care pasal diri kau so that you will find ketenangan dalam keadaan ni.
Aku pasti this will open up a new door for something even better. Kita terlalu selesa dengan kehadiran masing2. Kita akan terkeluar dari zon selesa kita, but in return, it will give encourage kita to grow dan open up to new opportunities yang kita masing2 pun tak terfikir. Ada satu quote "every 'no' brings you closer to the "yes" that is meant for you.".
Kita anggap ambil masa ni as satu peluang untuk kita self-reflect and self improve diri kita. Ambil masa untuk tengok balik apa yang kita nak capai dalam hidup kita. Apa yang membuatkan kita bersamangat dalam melalui kehidupan kita. Reassess kita punya life goals that we wish to pursue. Kita tak tahu yang apa yang berlaku sekarang ni mungkin membawa kita ke satu arah yang perfectly aligned dengan kita punya passions and dreams.
Aku nak kau ingat sesuatu, yang apa yang berlaku sekarang ni does not define you. Rather you are defined by ketahanan dan keputusan yang kau ambil untuk bangkit dari selepas yang apa berlaku ini. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari apa yang berlaku sekarang ni dan gunakan pengalaman ini untuk kuatkan diri kita dan membuatkan kita mengenali diri kita sendiri dengan lebih mendalam.
Aku percaya kau mempunyai hati yang baik, ada abilities, impian dan potential yang limitless. Macam kau pernah cakap pada aku sebelum ni. Kau kalau nak kan sesuatu kau akan usaha sungguh2 sehinggalah kau dapat apa yang kau nak. Jangan buatkan apa yang berlaku ni melemahkan semangat kau. Do not let the fire in you dim, instead sentiasa pandang ke hadapan dan push diri kau dengan mempercayai akan diri kau. Mengertilah yang bahawasanya perjalanan kau adalah sangat unik untuk diri kau seorang.
Aku boleh jadi seseorang yang sentiasa mengingatkan diri kau yang kau adalah seorang yang incredible in all ways. Kita manusia mudah lupa dengan kemampuan diri kita.